pantun ! kawad kaki ! latihan pusat ! bengkel !

assalamualaikum :) haaaa setelah hampir dua minggu berlatih pantun. akhirnya esok bila dan kawan kawan akan bertanding di smk seoharto. sepanjang berlatih pantun ada;ah dalam dua kali berlatih kawad jugak. dan yang paling tak bestnya. tadi kita orang buat persediaan buat kali terakhir dalam pukl 3:50 p.m kita orang balik. time balik. baru teringat budak lain berlatih kawad. setelah bertimbang kira dengan faz tadi. akhirnya kita orang pun join lah latihan kawad. dan setaip apa yang bila buat. memang tak kena. salah kaki lah. itu lah ini lah. rasa macam nak give up. tapi bila tak boleh buat macam tu. so, bila ingat lepas je habis lawan pantun ni. bila nk focus dengan kawad pulak. hah! hari isnin tu. cikgu ada cakap. kita orang khamis ni. kena berpantun dekat depan 720square (tapak perhimpunan) mewakili 5 science. ditambah pulak setiap hari khamis. setiap kelas perlu manghantar wakil ke hadapan untuk membuat persembahan sempana minggu bahasa melayu. sama macam bahasa inggeris. tapi, bahasa inggeris hari selasa. bahasa melayu pulak hari khamis. haaa sama lah tu kan? cuma hari sahaja yang berbeza. then, cikgu cakap khamis ni tak jadi. sebab cikgu nak budak bersajak dekat depan. so kita orang punya turn tunda minggu depan. yang sedihnya. latihan pusat kadet polis pun minggu depan. hari selasa rabu khamis. kalau balik hari boleh lah jugak. tapi nunu kata. tidur sana. sooo maybe bila tak dapat join. sedih lah jugak. sebab kalau buah persembahan dekat 720 square. lisan dah tak payah buat. ditambah pulak dengan mewakili sekola dalam apa apa pertandingan. so, lisan dah settle. tapi tak tahu lah. macam mana. ingat nk minta cikgu tunda minggu akan datang atau buat pada hari jumaat tu.mak ada cakap. jangan tamak. nanti semua melepas. so bila akan berdoa kepada Allah supaya Allah bantu bila untuk membuat keputusan dan bila yakin dengan Allah bahawa setiap apa yang dirancang oleh-Nya pasti ada hikmah kan?sooo wish good luck untuk kita orang tau ;) kami sudah berlatih sedaya upaya kami. dan kami harapkan bahawa tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. taknak lah sia sia kan usaha cikgu. dah lah perjalanan satu jam lebih. oh yaaa. bila tak tau kenapa. baru bar ni, pantun yang bila buat sangat lah lambat. kalau dulu dalam satu minnit bila dapat buat tak kira nya carca marba sekali pun. but this year. i think ~ entah lah. hehehehe XD apa apa pun. bila dan kawan kawan minta jasa baik korang doakan kita orang. walau apa pun keputusan. bila redha. hah! time bengkel menjawab spm minggu lepas. ada beberapa yang bila baru tahu. antaranya, dalam setiap soalan agama. cara memberi jawapan adalah berbeza. contoh, kalau dia minta kita huraikan, berikan contoh, senaraikan dan lain lain. cara menjawab sangat berbeza. oh yaaa kelebihan nya subjek agama islam ni. klau soalan yang kita boleh "goreng" jawapan tu. kita sangat digalakkan andainya! kita dah buntu sangat. tapi ingat. goreng tu jangan sampai hangus. haaa subjek bahasa melayu pulak. baru bila tahu bahawa, ejaan redha sebenarnya reda. tetapi dalam sebutan tetap kena ada mikhraj nya. sama jugak dengan ramadhan. ejaan yang betul adalah ramadan dan banyak lagi lah. tapi tak tahu kenapa. dalam alam maya ni. rasa malas gila nak pakai ejaan yang sebenar. hihihi. 

by, Naoki Riko 

Comments

Popular posts from this blog

Basiska IX

Cabaran Ahli Ekonomi Muda 1.0