Sem 2 : kerja kursus pengajian am
Assalamualaikum :) so kali ni aku nak sambung cerita masa aku upper six lak. Masa sem 2, kitaorg kena buat kerja kursus untuk paper pengajian am. Dan tajuk masa tu berkaitan perkhidmatan awam rasa nya. Dan aku memilih perkhidmatan ktm. Antara rasional kenapa aku memilih ktm sebab aku merupakan salah seorang pengguna ktm yang agak tegar sewaktu bapak aku kerja dekat dengan Mid valley. Jadi, selaku pengguna ktm, aku pun nak tahu jugak apa yang aku rasa sama tak dengan pengguna ktm yang lain. Dan stesen yang aku pilih adalah stesen ktm rawang. Antara cabaran yang aku kena hadapi adalah kena minta izin dulu ketua stesen dekat situ. Bukan apa, kang kena halau buat malu je nanti. Memula tu ketua stesen tu macam tak bagi sangat. Pastu dia pun bagi la jugak, dengan syarat hari tu je aku boleh buat. So hari tu jugak aku pi minta pengguna ktm untuk isi kan borang. Susah jugak sebenarnya nak dapatkan kerjasama dengan orang lain ni. Mostly yang terus setuju adalah golongan pelajar uni sebab diaorg sendiri pun lalui benda yang sama kan. Mungkin. Idk. Ada jugak yang taknak dengar aku cakap langsung. Maybe diaorg ingat aku orang ktm kot. Hahahaha. Yang Best nya ada sorang makcik chinese ni, baik sangat. Walaupun dia tak boleh membaca. Tapi dia sanggup nak tolong aku. So aku tolong baca. Pastu dia jawab lisan. Aku rasa macam baiknya makcik ni :') hari tu patutnya aku buat dalam 30 set. Tapi dapat dalam 20 set je. So balik tu pepandai la minta talian hayat dari member member untuk isi secara online melalui ws. Kihkih. Untuk hasil kerja kursus tu, nanti bile aku rasa aku nak share dengan korang, aku share ye. Untuk result sem 2 lak, result aku kurang sikit dari sem 1. Aku hanya dapat 1A, 1B, 1C+, 1C-. So macam biasa C- tu memang kena repeat. C+ tu aku kecewa sikit sbb sem sebelum nya aku dpt A-, tup tup kali ni aku dapat C+. Kau rasa? Mungkin aku overconfident kot. Member pun terkejut gak sebab sebelum tu aku memang okay kot. Even kalau q&a aku antara student yang tersangatlah eksaited kau... Apa apa pun aku rasa hikmah. So aku decide nak repeat. Bile dah repeat, C- jadi C dan C+ tu kekal. Tak apa lah. Nak buat cemana kan. Yang penting aku dah usaha. Apa apa pun mesti ada hikmah kan. So aku rasa cukup lah sampai sini dulu. Nanti nanti aku sambung lagi ye. Byeeee
by, Naoki Riko
by, Naoki Riko
Comments
Post a Comment