Sem 3 : senior. last sem. last year. Gonna miss the school.
Assalamualaikum :) entry kali ni nak cerita pasal sem 3 di stpm selaku last sem last year and of coz senior of de' school. Muahahahahaha nampak tak syaiton punya gelak hehe. So masa sem tiga ni Agak berat untuk aku sebab aku ada tiga kerja kursus yang aku kena siapkan dalam tempoh yang sama, untuk subjek geografi, pengajian perniagaan dan ekonomi.
Bagi subjek geografi, kitaory diberi pilihan antara dua which is about migration and about suhu dalam hutan kot. So untuk kelas aku awal awal lagi sir dah suruh buat migrasi. Kitaorg ditugaskan untuk buat kerja kursus secara berkumpulan, tetapi hasilnya secara individu. Dan setiap kumpulan sir nak ada lelaki. Bukan apa, sir nak pisahkan lelaki tiga orang tu ha. Dalam kumpulan aku terdiri daripada aku, eeja, ety, pipah dan wan. Kitaorg pilih lokasi kajian di taman bunga raya bukit beruntung rawang Selangor. So dalam kumpulan tu ada lah bahagi bahagi kan tugas. Dan tugas aku kena buat bahagian kesan migrasi terhadap alam sekitar fizikal. So aku pun kena la hurai kan isi isi tu berdasarkan hasil yang kitaorg peroleh daripada borang soal selidik, temu bual, pemerhatian dan lain lain lain lain lain lainnnnnnn. Nthen masa presentation atau lebih dikenali sebagai viva kitaorg present secara berkumpulan dan untuk ambil langkah selamat, part mana yang kitaorg ditugaskan, part tu la kitaorg present. Alhamdulillah berkat kesabaran kesungguhan ketekunan dan ke ke ke ke yang lain, kitaorg dapat A untuk kerja kursus la.
Kerja kursus pengajian perniagaan pulak tahun kitorg lain sikit dari tahun sebelum sebelum nya. Kitaorg kena buat rancangan perniagaan atau mungkin orang lain sebut business planning. Dalam rp ni, ada dua jenis iaitu, produk dan perkhidmatan. So depends la kau buat rp jenis apa. Kalau aku, aku buat jenis produk. Aku sendiri tak tahu dia produk atau perkhidmatan. Tapi dah cikgu cakap tu produk, so aku pun ikut je la. Rp yang aku buat adalah berkaitan kedai runcit yang dekat sangat dengan aku. Iaitu, pasar mini baharin. Kira dalam kawasan perumahan yang sama dengan aku lah. Sepanjang aku buat rp ni, takde la susah mana, cuma aku muka rasa terbeban bile buat part rancangan kewangan. Serious aku cakap bahagian tu aku buat lebih dari sepuluh kali, aku still tak faham. Sampai satu tahap aku hampir menitiskan air mata. Muka aku pun masa tu sangat lah serious sangat lah stress. Sampai member aku cakap "aku tak pernah tengok nabila stress macam tu sekali" bile aku dah dengar dia cakap macam tu lagi la buat aku nak menitik kan air mata aku. Tapi aku tahannnnn je. At the end, Alhamdulillah dengan bantuan Allah, aku berjaya menyiapkan part kewangan yang banyak sangat kira kira macam penyata kewangan, kunci kira kira, dan aliran penyata tunai. Lepas tu masa viva, turn aku last sekali tau, sebab aku pergi kem aspirasi bawah kelab 1 Malaysia. So hari ni balik dari kem, esok pergi skola aku kena viva. Aku Agak tak bersedia dari segi mental sebab pagi tu aku dah terlambat bangun, tertinggal bas, kalau ikut hati aku taknak gi skola. Tapi. Disebabkan aku dah janji dengan cikgu aku buat hari tu, so aku kena la kotakan janji. Kalau tak nanti janji di capati kan? So datang je la skola. Sampai sekolah terus buat viva, memula tu smooth je. Bile dah masuk slide ke 3 aku mula tertukar tukar point tu dengan point ni. Masa tu dah tergagap dah. Cikgu suruh next slide je terus. Aku mula hilang confident. Masuk slide ke 4 terus blank. Aku dah mula rasakan tekanan. Tahan tahan still tak dapat. Bagi singnal dekat cikgu yang aku tak dapat teruskan, dan aku terus ke belakang meja menangis nangis. Kecewa dengan diri sendiri. Bile fikir balik, pelik pelik je lah aku ni. Pastu ada beberapa member aku datang la pujuk bagi kata kata semangat, so bile aku dah down macam tu ada la jugak rasa nak bangkit semula. Cikgu cakap buat lepas rehat boleh tak? Aku rasa boleh, tapi kena minta izin cikgu Eko dulu. So kena la settle kan dulu. Bile dah settle, pipah tolong aku ready untuk viva kali kedua. Hahaha macam macam lah aku ni kan. Masa viva kedua tu, Alhamdulillah berjalan dengan lancar :') guess what, sebenarnya kedai runcit yang aku buat ni, cikgu aku tahu sangat tau. Sebab cikgu pernah la duduk satu kawasan perumahan dengan aku cuma jalan je lain. So sedikit SEBANYAK cikgu tahu la kan. Aku nak tambah tambah sikit pun rasa takut. Dan aku fikir, cuba je dulu bile cikgu rasa macam tak logik, aku buang la yang aku tambah tu kan hehehe. Result kk pp pun A jugak. Mungkin betul lah apa yang cikgu cikgu cakap, kalau kita buat apa yang cikgu nak, buat ontime, cikgu akan bagi A. And thats it ☺
Okay for the last subject is economy yeayyyyy. Tak yah nak yeay sangat lah -_- okay untuk kerja kursus Eko lak, kitaorg ada dua pilihan jugak macam geo, pilihan kitaorg adalah institusi kewangan bukan bank dengan industri kecil sederhana. So kitaorg kena lah pilih antara dua tu. Kalau tak silap, semua sekali pilih ikbb. Dan ikbb yang aku pilih adalah takaful ikhlas. Sebuah syarikat insurans la. Korang search la sendiri apa itu ikbb ye. Masa buat kk ni susah lah jugak sebab aku kena kaji betul betul faham faham sebab mostly sumber yang aku peroleh, terms yang diaorg pakai tak sama tau. Pening lah jugak masa tu. Orang ni kata ni orang tu kata tu. Nasib baik lah sepupu aku kerja dekat takaful ikhlas. So ada lah jugak talian hayat untuk bagi lebih penerangan kan. Aku banyak gunakan bantuan dia masa sehari sebelum viva, bukan sehari tapi malam sebelum viva. Esok nak viva, malam tu baru betul betul minta penerangan buat kali terakhir pastu suruh dia bagi soalan soalan yang mungkin ditanya. Result kk Eko ni terkejut la jugak sebab aku rasa hasil aku tak la segempak mana tak lah sedalam mana kan. Alhamdulillah cikgu bagi A mpm bagi A dan Allah bagi A :)
Untuk result sem 3 pulak sebenarnya ada satu subjek yang aku terkilan, dan tiga subjek yang aku tak sangka. Tapi nak buat macam mana kan. Allah bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita nak. Right? So aku cuba dan cuba untuk terima kenyataan walaupun lama untuk aku terima sepenuh nya. Result yang aku peroleh adalah, 1A dan 3B+ 🎉🎉🎉🎉 so sampai sini je dulu, nanti aku post lagi ye. Dan kalau berkesempatan, aku akan share dengan korang tips atau cara untuk tackle subjek pengajian am. Tapi jangan letak harapan tinggi sebab lain orang lain cara belajarnya. Kbyeee
by, Naoki Riko

Comments
Post a Comment